Bila dah pandai
Salam
semalam Damia dibotakkan lagi hehe
Damia dah pandai menerap..yuhuu..tapi masalah lain pula hehe..sejak dah pandai menerap asyik nak menerap je kalau ada peluang hatta atas riba dalam kereta..tu laa..dulu masa Damia tak pandai lagi, ibu asyik sungut bila nak pandai..sebab tengok dia sangat suka kalau diterapkan..masa tu nak buat sendiri tak pandai lagi..^___*
Kadang-kadang risau nak tinggal dia sorang2 sejak dah pandai menerap ni..Ada satu hari, saya ingatkan dia dah tido, jadi saya pergilah nak mandi..dah puas layan dia nerap sebelum tu…tup tup dalam bilik air saya dengar dia nangis kuat sangat..rupa-rupanya dah tersembam..nak kalih x boleh..
Tapi beberapa hari ni nampaknya dia dah boleh bertahan agak lama menerap..kepala dah boleh angkat dah Alhamdulillah..memandangkan saya sudah mula berbisnes..(nantikan ye dalam entri seterusnya..kalau boleh orderlah sama hihi..) susah juga kalau biar dia sorang2 kat tilam..mana nak terkam bisnes kat dapur dan layan dia..jadi semalam abah dah belikan Rocker untuk Damia (nantikan juga entri untuk contest Fisher Price
)
Semalam nampak dia suka duduk dalam tu..tapi x boleh lama2..rimas juga x dapat menerap haha..
Sekarang sedang enak tidur dalam rocker tu..bolehlah ibu siap2 lauk berbuka..ringkas2 sudah..heee..puding laici ada lagi jadi tak perlu buat juadah sampingan..rasa nak bakar ikan saja..sup sayur telur, air asam, sirap bandung..done
Selamat berbuka semua..ingat..besederhanalah ^__^
1st Ramadhan
Salam
Apa khabar semua. Macam mana puasa hari pertama anda? Makanan berbuka penuh semeja kah ;p
Alhamdulillah puasa pertama ni berjaya dilaksanakan walaupun si kecil tu meragam dan rasa susuku macam x mencukupi permintaannya hehe. Yelah..bagi pukul 2 ptg tadi dia macam tak puas, kemudian bg stok ebm yg 20z tu baru ok.
Kita mula dengan sesi terawih semalam ye. Buat tarawih? Oh buat, itupun buat sendiri je. Lepas abah Damia balik masjid dalam pukul 10. Elok2 je sampai rumah, Damia jaga dari tidur. Saya layan dia dan bagi susu kejap. Si kecil ni kalau tidur bangun pukul 10mlm memang jenuh la nak tunggu dia tidur balik.
Pukul 12 saya tengok Damia tak nak tidur lagi, saya usung juga masuk bilik. Bagi susu lagi kemudian saya bum hehe..tengok dia pon lali2 dah..abah kat luar dpn PC lagi.Dah cakap kat Damia, tidur lena2 bangun dekat nak sahur je tau…;p
Tapi….pukul 2.30 dia dah jaga nak susu..okes..mamai2 ni..bagilah.hak dia kan hihi..sambung tidur..sedar2 dah 5.10pg..Cepat2 panaskan nasi, lauk apa yang ada jelah kan dan bancuh air. Kejut hubby sahur. Dah sahur hubby sambung baring2 dgn si kecilku. Saya pula pergi gosok baju kerja hubby dan dah siap tu azan subuh. Solat, tengok si kecil jaga dah..bagi dia susu lagi.
Setel semua saya nak baring2 la kan. Hubby nak pergi kerja..si kecil ni jaga lagi nak menyusu dan saya malas nak bg dia mandi lagi. Belum pukul 9pg lg kn. Sekadar tukar diapers dia. Kami sama2 ketiduran hehe. Pukul 10 lebih..oh bangun2..ah..ngantuk lagi sebenarnya hehe..baring2 lagilah. Tak sempat nak baring cik mek ni dah gawang2 tangan even mata pejam..tau dah nak susu..bagi lagi..kuat menyusu sungguh..
Tengok dia ngantuk lagi saya biar dia tidur dan sy pg mandi dan kemas rumah sikit2…Baru nak mengadap PC buat kerja (kerja saya lah hehe), dia dah jaga..araound 12.15..Angkat Damia baring kat hall..sembang2 dengan dia jap..sediakan tempat mandi..sambil borak2 (haha..macam paham je bahasa dia ^____*). Dah nyusu dia lelapla kejap..then jaga balik.
Start pukul 3 Damia dah meragam sikit, nak orang layan dan meriba..ambil dia riba depan PC..goyang2 tidur akhirnya..
gambar ni time mood tengah baik..dok dgn abah..khusyuk ngadap PC..kdg2 tu riuh mulut dia huu
Pukul 4.30, saya ke dapur sediakan barang2 nak masak berbuka nantinya..siap2 tumbuk bawang, jaga dah si kecil ni..layan dia jap sampai asar..bagi dia susu lagi….biar dia sorang2 kat tilam, saya nak stat masak dah ..
suka angkat tangan macam ni, tak pun sebelah tgn gaya superman tu hehe..takda org melayan
tengah2 dok menumis asam pedas, dia nangis lagi..jenguk lah kan..cek2 ooo padanlah dah beyak..apa lagi..bawa ke bilik air, cuci2..banyak betul hehe..pastu, masak air dan terus mandikan dia..agak2 dia dah lena sambung masak..pukul 6 lebih dah.
Pukul 7 hubby balik, damia celik jap…Time saya goreng ikan, tengok hubby baca Quran sebelah DaMIA..dapatlah kami berbuka dengan tenang sebab si kecil tu tidur hehe..
Saat entri ni pon dia tidur lagi..9.30..Macam semalam lagi kah? huhu..dah jadi trend pula..tidur lepas magrib sampai 10 lebih then jaga hingga tengah malam huu..Oh mulut dia dah kucap2..lapar dah tu..
Oklah..sampai di sini dulu..semoga hari2 seterusnya lebih tenang dalam beribadah ^______^
Salam Ramadhan
Salam
Kesempatan ini, saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf andai sepanjang saya menulis di sini ada mengguris serta menyentuh hati mana-mana pihak waima sengaja atau pun tidak.
Sempena bulan berkah yang mulia ini, marilah kita jadikannya sebagai madrasah untuk menyucikan hati-hati kita. Semoga kita berjaya menunaikan puasa Ramadhan kali ini dengan sempurna.
Buat ibu-ibu yang menyusukan bayi dan yang sedang hamil, selamat berjuang ^________^
SALAM RAMADHAN =)







