Archive from April, 2011
20 Apr
2011

Pengalaman di Hospital Malam Tadi

Salam

Semalam dalam pukul 12 lebih sakit sangat2 perut ke bawah macam nak terputus perut. Pusing kanan, pusing kiri serba tak kena semuanya. Nak kejut hubby tak sampai hati kesian dia pon baru je tidur. Tahan tak tahan jam dah 2 lebih. Saya gagah pergi bilik air mandi in case nak ke hospital.  Cuba nak tidur tapi tak boleh, tak tahan sakit sangat dah. Tahan2 tapi terkeluar juga air mata kesakitan. Pelan2 saya kejut hubby, mula2 hubby cakap try tidur ..saya pon ok lah tapi hanya Tuhan yang tahu sakitnya. Tak tahan lagi saya kejut hubby. Kali ni hubby bangun mamai2 dan ajak saya pergi hospital. Tunggu hubby mandi, saya siap2. Hubby siap capai kopiah..huhu terharu jer rasa masa tu..my hubby nampak warak pula hehe..mestilah..kena jadi bapa contoh buat anak2 kami nanti.Ketuk pintu bilik mysis ambil beg2. Kami pergi berdua je. Jalan ke Hospital Selayang lengang..yelah pagi2 speii sapa yang ada kan..hujan renyai2 je masa sampai kat lobi dewan bersalin.

Sampai di kaunter tu, tengok nurse ngantuk2 je..kesian dorang kena standby kan..hubby boleh pula terlupa IC, mujur nurse ok je terima lesen memandu hubby. Saya disuruh kencing dan kemudian baring atas katil. Sorang nurse datang tanya berapa kerap saya rasa kontraksi ni. Saya yang blur2 ni cakaplah x pasti tapi kerap jugalah dalam 10 minit. Lepastu dia buat ujian CTG kot . Report CTG tu ( CTG reactive, baseline FHR 120bpm, good variability, acceleration noted, not decelaration)..sungguh saya tak paham report ni..yang saya tahu, dorang cakap graf saya cantik je huhu.

Datang sorang doktor perempuan pun muka ngantuk2..thanks doktor. Jadi doktor kena stand by je kan..sebab tu kot saya tak layak jadi doktor hehe..alasan.  Macam2 juga ditanya. Kemudian dia seluk bawah tu..ADUH sakitnye..nurse pesan jangan angkat punggung..ni baru seluk belum beranak lagi kan. Lepas tu saya ditinggalkan terbaring kat katil, mungkin doktor pergi buat report kot, masa tu start rasa gatal2 dekat miss V kesan krim yang doktor guna kot..perut pon sakit dengan baby mengeras..baby x suka ye alat tu huhu..Oh sebelah saya di sebalik tirai ada sorang ibu juga. Dengar nurse cakap dengan dia..oh baru 16 tahun? x pastila..tapi macam orang Sabah Sarawak je. Nasib dia dapat doktor laki. Dia pun macam saya yang tak tahu nak jelaskan kekerapan kontraksi.

Jiran sebelah tirai saya dah beredar, x kena admit pon..saya masih terbaring di katil. Rasa melekit dan meleleh di bawah tak payah cakaplah.Gatal lagi… Sambil2 tu saya baca ayat Kursi, doa Nabi Yunus, 3 Qul..nak tenang kan diri ni.Yes doktor datang, kendian datang pula sorang lagi doktor perempuan. Mungkin nak confirm kan check up doktor tadi. Kena seluk lagi hua hua..sakit mak..doktor 1st nak saya admit ward tapi doktor kedua ni cakap kontraksi x kuat lagi boleh balik. Bukaan pon 1.5cm… tunggu sampi saiz berapa baru kena tahan?

Tunggu doktor siapkan report, tengok hubby ngantuk dan selsema. Kesian my dear ..Ambil balik buku merah dan nurse tu cakap saya gatal2 mungkin alegik dengan krim yang doktor guna, dipesankan next time minta doktor x guna krim tu. Saya pun pergi tandas membuang air dan cuci2 nak hilangkan gatal2. Nurse cakap kalau ada darah esoknya  tu disebabkan seluk2 ..ook.

Sampai rumah dah 5 lebih..dengan hujan yang makin lebat dan angin kuat. Cerah benderang rumah kami..huhu mysis takut sebab tinggal sorang2..kesian dia. Balik tu kami sambung tidur, saya masih sengal2..tapi mata ni x tahan tidur juga. lagi pun hari ni Rabu 20-4 ada checkup kat KK lagi.

Sedar2 dan 7 pagi. Cakap kat hubby minta dia hantarkan saya sebab nak drive tak mampu dah dengan pedih bawah tu dan kengkang je jalan. Balik kami naiklah teksi atau bas. Saya dah bincang2 dengan mysis,  dan mysis dah siap2 pun. Hubby cakap dia ambil half day EL. Wah..suka sangat. Mana pernah hubby temankan checkup di KK ni. Pertama kali dulu pun kejap je hantar saya daftar. Thanks sayang. Saya tau hubby ngantuk lagi tu. Dengan selsema lagi.

Kat KK, nurse yang in charge tu dok cakap” Azyatun..azyatun..tak beranak2 lagi huhu..dah lebih sehari dari EDD..ikutkan hati saya pon tak mahu dah datang Kk..nak bersalin dah..tapi baby x nak keluar lagi. Nurse bising2 juga sebab saya dah start minum air selusuh. Cara dorang cerita betapa horrornya minum air selusuh selagi x buka jalan or sakit bersalin buat saya kecut perut pula. Memang saya plan tak nak minum lagi, tapi ada yang suruh saya minum jela..

Cakap dekat nurse masa ambil urine test tadi ada tompokan darah. Nurse cakap selagi darah  tak datang bersama lendir bukan tanda lagi..Oh ye..semalam kan nurse kat Hospital ada cakap..hasil selukan huhu. Nurse setkan appointment 26-4 dan kalau tak bersalin juga ambil refer letter. Balik rumah kami sambung tidur..Hubby mengantuk sangatlah tu. Saya pon hehe. Bangun sediakan lunch simple2 sambil mysis tolong, hubby makan2 sikit then terus pergi kerja. Saya sambung baring2 jap.

Time zohor saya nak mandi, buka panty…ada darah lagi..apakah..telefon mak, mak cakap ganasnya doktor sampai darah huhu..mak cuak jer saya cakap 2cm tapi x kena admit. Nak buat macam mana sekarang ni pon saya x rasa kontraksi apa2 dah.  Cuma sengal2 kat bawah ni. Harapan saya semuanya lancar dan selamat. Doakan saya ye ..Betulke kalau keluar darah lama sikit nak bersalin berbanding pecah water bag?

18 Apr
2011

19-4 is my EDD

Salam

Esok adalah tarikh jangkaan bersalin saya. Nampaknya hasrat nak bersalin awal tidak kesampaian huhu..Hanya mampu berdoa agar tidak lewat hingga 10 hari dari EDD saya. Saya benar-benar tak mahu bersalin induce. Saya nak bersalin dan rasa kesakitan bersalin secara normal. Apa-apa pun saya hanya mampu berdoa. Sebenarnya malas nak pergi checkup 20-4 nanti kalau2 x bersalin lagi…malas sangat pergi KK..

Cerita pasal hujung minggu yang baru berlalu, ada dua adik (adik ipar+ adik saya) datang teman saya di rumah ni. Petang tad adik ipar saya baru je balik. Tidak pernah dia datang dengan tangan kosong, mesti ada donut JCO hehe..Kali ni dia bawa baby donut..sempena nak dapat baby kot hehe..comel dan sedap..

Saya suka yang ada hirisan badam, yang corak marble dan choc rice tu..tapi kan being me…semuanya saya suka hehe..nak nak tengah preggy semua benda makanan saya nak ngap je…hehe..baby donut ni semuanya ada filing dalam tu..

Sila terliur hehe

Malam Sabtu lepas magrib kami ke UIA ambil my sis dan lepastu singgah Giant beli barang dapur sikit dan sempat singgah showroom Proton hehe..temankan adik ipar ni survey..dekat Giant beli ikan Talapia sebab nak bakar untuk lunch esoknya..rajin tak rajin mak buyung ni hehe..nak makan kan..

Jadinya inilah menu utama kami hari Ahad ikan Talapia bakar dengan sambal kicap yang kejap bakar atas pan, kejap bakar dalam oven kejap panggang hehe..lambat  tak lambat lunch dekat pukul 2 sebab ada orang yang ralit tengok drama Korea hehe

resepi saya bukukan dalam blog masakan saya ye ^^

Penat sangat rasanya, lepas solat kami terlena dan bangun2 nak solat asar, air pula tak ada…bergantung air di sinki dapur je. Nasib saya dah mandi tengah hari tu. Tapi ibu mengandung ni manalah tahan panas badan dan peluh2 nak nak air pula tak ada..mungkin sebab ramai orang di rumah, saya basuh baju pagi tu dan cuci bilik air..kemungkinanlah kan..kerap juga air tak ada sebab tekanan rendah..penyelesaianya, cucuk suis pam air..Pagi tadi saya bangun Subuh air dah ada..terus mandi.

Petang semalam sebelum magrib sempat juga saya berdua dengan hubby keluar ke Selayang  cari ayam panggang dekat Ayam Mesra ( jalan nak ke NSK  dari Selayang Baru) dan singgah di farmasi sebelah Mydin kejap cari krim untuk saya. Sambil berjalan rasa perut mengeras dan tendangan halus si kecil ni huhu..Mohle tengok ayam golek ni..gambar sos x ambil pula…Haruslah sebelum berpantang kita makan puas2 hehe

Saat entri ni ditaip jam sudah 8.46 p.m. dan hubby  tak balik kerja lagi..mujur ada my sis teman di sini..

Agak2 bila ye baby ni nak keluar? Adakah malam ini? Pagi esok atau …huhu..Doakan saya bersalin normal dan selamat semuanya ye..Amin..

15 Apr
2011

Sumimie-kawai baby collection opening blog giveaway

Salam..

Join GA ni kot2 ada rezeki bakal baby ^^

Tempoh giveaway ni adalah dari hari ini 06/04/2011 hingga, 05/05/2011

Comel kan crochet hat tu..

nak join jenguk lah sini

14 Apr
2011

Anak~ Pengasuh @ Jaga Sendiri

Salam

Isu ini sangatlah sensitif terutama bagi ibu2 yang bekerjaya kan..siapa tak sayang anak oi..lagi2 baru dapat anak sulung..mesti tak puas gomoi2 dengan anak dah nak masuk kerja..Agaknya sebab tulah hubby nak saya jaga anak sendiri..Tapi bergantung hanya dia sole bread winner untuk famili kecil ni memang tak cukuplah. Saya berazam untuk rajin mencari duit online lepas pantang nanti hehe..

Sekadar nak berkongsi artikel dari blog K.Asiah..terjumpa blog ni semalam..sampai hari ni dok membaca entri kat blog beliau..Sangat mengujakan dan memberi inspirasi kepada saya..Pernah saya suarakan hasrat hati pada hubby..sekarang mungkin masa buat anak2 dan besarkan mereka tapi saya harap bila mereka dah besar, saya ingin memenuhi impian saya menjadi wanita yang berjaya  dan bekerjaya..Pray for me ok..

dari blog beliau..ada point dalam entri bawah ni yang sama dengan apa yang saya rasa..

Ada satu kisah tentang seorang ulama silam tersohor, bagaimana dikisahkan bahawa kebijaksanaan dan terangnya hati ulama ni banyak dipengaruhi oleh cara dia dibesarkan oleh ibu bapanya. Pernah ketika dia masih bayi, dia menangis-nangis kelaparan, ibunya pula tiada. Datang seorang jiran perempuan, kerana rasa simpati dia pun menyusukan si bayi. Perkara ini sampai ke pengetahuan bapa ulama tu, bergegas dia pulang dan menjolok tekak anaknya supaya anaknya memuntahkan kembali susu ibu yang diminum dari jiran perempuan tadi.

Kata si bapa, dia tidak tahu bagaimana akhlak jiran perempuannya itu, dia tidak mahu anak kecilnya disusukan dan dipelihara oleh sebarangan orang yang dia tidak tahu latar belakangnya. Punyalah si bapa ni mengawal dan mengawasi perkembangan tumbesaran anaknya, dari bab makan minum, pengasuh, pengaruh persekitaran, didikan, etc. Maka Allah ganjarkan usaha si bapa, anaknya itu dianugerahkan kebijaksanaan dan hati yang bersih, akhirnya dia menjadi ulama terkenal.

I risau pasal nak cari the right pengasuh for my kids. Frankly speaking, I memang tak percaya bab-bab mengasuh di rumah ni. Dull dan buruk macam mana pun sesebuah taska tu, I trust on taska much much more than nanny yang mengasuh kat rumah sendiri. Taska memang dah confirm premis tu digunakan untuk mengasuh budak-budak. Tak banyak perabot, kalau ada pun yang safe for children. Kalau ada tangga, ada penghadangnya. Hiasan kaca yang mudah pecah memang dah confirm takde kat taska. Makanan rapu is not allowed in taska. Pinggan, mangkuk, cawan, semua yang budak-budak punya. Toilet dia mesra kanak-kanak. Tv programs, CDs, DVDs, all are suitable for young children.

Senang cerita, provided that taska tu betul-betul ikut garis panduan JKM, you can have trust to leave your kids there, taska is highly realiable to take care of them while you are away. Tapi adakah rumah orang macam tu? Rumah adalah rumah, tempat penghuninya nak tinggal. Yes, sometimes tuan rumah tu pun ada anak kecil juga, so rumah dia pun selamat untuk kanak-kanak. Tapi premis itu tetap adalah sebuah rumah, yang mana turut digunakan oleh ahli keluarga lain yang berbagai peringkat umur. Ada macam-macam barang yang dimiliki oleh ahli keluarga lain yang tak sesuai untuk kanak-kanak.

Itu baru bab premis. Yang paling I tak percaya adalah orang-orang lain yang bukan mengasuh anak-anak I yang berada di situ. Contohnya, suami dan anak-anak pengasuh tu, jiran pengasuh tu, saudara-mara pengasuh tu. Kan ianya sebuah rumah, sudah tentu tak boleh mengelak kehadiran orang-orang tu.

Tak macam di taska, hanya ada pengasuh yang tentunya have been already screened by the owner, whether sesuai and qualified untuk jaga budak. Fikiran I memang penuh prasangka dan syak wasangka dalam nak mencari pengasuh di rumah ni. Pertama, dah banyak I baca kisah budak dicabul di rumah pengasuhnya. Kita rasa mungkin kita kenal pengasuh dengan baik, tapi adakah kita tahu bagaimana suaminya, bagaimana anak bujangnya, bagaimana anak saudara lelakinya dan lain-lain? Kedua, I tak nak anak-anak I mendapat pengaruh yang tak elok di rumah pengasuh. Sambil anak kita bermain sambil dok dengar lagu rock berkumandang, tak pun kat tv terpasang cerita-cerita berunsur seks dan ganas yang ditonton oleh anak remaja si pengasuh. Ketiga, I tak nak anak-anak I hidup dalam budaya keluarga orang lain. Kalau anak-anak si pengasuh kaki lawan cakap mak, nanti anak-anak I terbiasa dengan scene macam tu. Kalau pengasuh jenis percaya adat dan cakap orang tua melebih-lebih, nanti anak-anak I pun nak diasuhnya jangan buat itu jangan buat ini. Keempat, I tak nak anak-anak merasa selesa di rumah orang lain dan nanti nak compare rumah orang dengan rumah sendiri. Kalau pengasuh ada aircond, ada kusyen empuk, makan kat meja makan, sedangkan itu bukan lifestyle yang I ajar anak-anak, I tak mahu anak-anak jadi confused. Hmm… tu baru four reasons, banyak lagi sebenarnya yang I skeptical bab-bab pengasuh di rumah ni.

Mengambil iktibar dari cerita di atas, I tahu, anak-anak dilahirkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, dan corak itulah yang akan menentukan apa yang anak itu akan jadi later on. Kalau kita tak yakin dengan seseorang untuk jaga anak kita, jangan pertaruhkan perkembangan fizikal dan emosi anak kita di tangannya.

Kisah kat atas tu, si bapa tak yakin dengan akhlak jiran perempuannya, dia tak redha jiran tu menyusukan anak kecilnya, kerana susu yang diminum tu bakal jadi darah daging. I pun hairan, ramai orang mengutuk maid dia, kata bodoh, tak pandai buat kerja, tak sembahyang, tapi sanggup ditinggalkan anak-anak kecil bagi maid tu jaga sepanjang hari. Ada juga yang tak puas hati bila mak ayah sendiri jaga anak-anak dia, dimanjakan dengan junk food, tapi sebab nak jaga hati mak ayah yang beria-ia sangat nak bela cucu, maka didiamkan saja. Ada juga yang dia dah tahu anak-anak dia tak suka dengan pengasuh tu sebab garang macam singa, tiap-tiap hari anak dia menangis bila nak ditinggalkan, tapi dipaksa juga budak tu tinggal sepanjang hari dengan monster macam tu, sebab pengasuh tu ambil upah murah. Sungguh I tak bersetuju dengan semua senario tu.

Ingatlah, anak-anak adalah harta kita, amanah dan tanggung jawab yang Allah bagi pada kita. Jagalah keperluan fizikal mereka sebaiknya, hormatilah emosi dan perasaan mereka, sensitif pada apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka. I yakin, kalau kita jaga anak-anak dengan baik, esok-esok bila dah tua, tak payah susah hati, mereka akan jaga kita balik dengan baik dan penuh kasih sayang

Nota diri: Apa-apa pun isu ini ada pro dan kons nya. Terpulang kepada kita sebagai ibu bapa yang mencorakkan anak2 kita. Ada je kisah ibu bapa bekerjaya tapi semua anak2 menjadi dan ada juga ibu x bekerja tapi anak x menjadi. Tepuk dada tanya iman..

39 weeks..

Salam

Ikut kalendar Lilypie hari ini sudah 39 minggu 1 hari saya bawa perut ni. Nampaknya baby kami tak mahu keluar lagi huhu..Takpelah sayang, asalkan selamat dan sihat duduk la lama lagi dalam tu @_@

Mak Taiping asyik meseg tanya takda tanda apa2 lagi ke? Tak ada lah mak, cuma tanda2 biasa je macam perut keras dan sakit celah kangkang ni..since tak rasa macam nak beranak lagi hujung minggu kelmarin keluar berjalan lah huhu…

Hari Sabtu lepas asar dalam pukul 6 dah pun, kami ke Uia nak ambil barang my sis, sekali dia cakap dia dengan kawan2 tengah makan kat Pak Wahab Cendol di Sri Rampai Wangsa maju..apalagi kami pun terus ke sana lah..hubby kata nak makan cendol juga..Sampai sana, mysis call cakap dia dan kawan2 dah kenyang pun..So kawan2 dia balik dulu dan tinggal kami bertiga..

Hubby makan mee goreng mamak yang kureng huhu dengan cendol pulut (sedap lagi cendol Bismillah di Taiping) while saya makan mee rebus yang tak terlawan Mee Rebus Ramlee ;p dengan jus oren.. tengah makan2 tu ada la juga contraction yang buatkan jerit halus  hehe.. sampai saya tarik2 tangan mysis..adoi baby.. keluarnya tak mahu lagi..tapi tendangan aktif sekali ;p

Lepas makan2..kami terus ke masjid Usamah b. Zaid solat magrib kat sana.Selesai urusan di Uia terus balik ke rumah sebab adik hubby yg study kat UM pula nak datang bermalam study akaun dengan abang dia ni. Tak tahu kenapa saya macam penat semacam tertidur lepas sampai rumah..jaga2 dah pukul 1, tegur hubby kenapa x kejut sebab x solat lagi..then kami solat sama2..

Pagi tu breakfast saya cuma buatkan kopi susu dan goreng keropok..bangun pagi tu bengkak semacam kaki ni..tak larat nak berdiri lama..hubby bagi duit kat his brother beli nasi lemak dan kuih2..Sarapan yang heaven Ahad kami hehe..banyak makanan..suka2..diorang sambung study saya masuk bilik layan cerita Korea..hehe

King of Baking..best ooo…jangan tak tahu, my hubby pon addicted sekali..hubby kalau suka lagi dasyat..tengok non stop selagi stok yang download ada.hehe..best cerita ni sebab ada pasal buat roti..since saya memang minat bab2 meroti ni lagi melayan lah hehe..korang nak tengok cerita tu atau cerita korea yg lain boleh download kat sini sebab dia punya file format rmvb..kecil..saya suka compare file avi.

Ok..back to the track..hehe..saja kumpul semua cerita dalam entri ni ^*

Lepas adik hubby balik dalam pukul 11 lebih kami berdua sambung layan cerita Korea ni sama2…time saya masak hubby  xnak stop..x aci hehe..saya tukang downloadnya..huhu..takpe2..walaupun saya tahu adik saya ada stok cerita ni kat Taiping tapi ketagihan ni x dapat ditahan lagi haha..

Sebenarnya hubby nak buat kerja office dia di rumah tapi terlupa bawa balik CD installer dan tertukar pula kunci office..plan nak pergi office hubby petang tu tapi officemate hubby x pergi so hubby ajak keluar lepas asar …keluar lagi huhu..

Hubby nak beli Hair clipper..so kami ke Mydin ..shopping sedikit barang dapur sama..wah..baby ni buat perngai lagi..tengah2 jalan sakit perut akibat sentuhan mesra baby huu..kram tiba2 tengah2 jalan tu..nasib sempat paut dengan rail baju..banyak kali jugalah jadi kontraksi ni..tapi selagi tak ada air tanda atau darah saya x berniat ke hospital lagi..tak mahu ditahan wad atau di induced..Keluar2 dah dekat nak magrib..hubby ajak makan di Chop n steak..sebelum ni kami pernah makan western food kat sini..bolehlah tahan..Kali ni makan yang goreng2 saja..wahh..x sedap betul kalau nasi yang lembik dibuat nasi goreng..tapi sebab makan bayar kan..telan jelah..kadang2 wonder…masak sendiri yang lebih sedap xhabis tapi makan kat luar x sedap mana pun habiskan juga huhu..

Ada insiden kecil masa nak keluar parking tu..sian cik putih kami, hubby pulas macam mana tah.tersagat sedikit body kit side driver tu..dan kesannya terkopek sedikit clip dan calar..mujur xlah teruk mana..huhu..saya sempat gurau..baca Bismillah tak tadi huhu..Balik rumah malamnya bermula operasi memotong rambut hubby huhu…ketar2 juga nk guna alat ni..1st time la katakan nak potong rambut orang laki..hehe..lawak pon ada bila tengok balik muka hubby..saya cuma tolong trimkan tepi kanan kiri dan belakang kepala…saya gelak2 sebab tengok side kanan macam cendawan je haha..hubby cakap kalau ada yang tegur pelik hari ni siaplah saya..huhu

Hubby pesan saya tengok video macam mana nak gunting rambut so next time bolehlah saya potong full rambut hubby..x perlu ke kedai lagi dah..

Oklah…dah melebar coretan saya ni..kawan2 doakan saya ye…bersalin normal dan selamat semuanya.x sabar nak balik berpantang hehe..ade ke yang suka berpantang? saya x suka tapi sebab nak balik Taiping huhu

8 Apr
2011
Posted in: Bicara Diri
By fawwaznuha    2 Comments

Dapat lagi

Salam..

Since baby x keluar lagi misi mengupdate kena teruskanlah juga huhu ^*…

Assalamualaikum…berapa kali tah..ooo rumah I rupanya hehe..hari ni dapat lagi free sample..Kali ni dapat Pureen pula..diapers n katalog je pon hehe..jadilah..seronok ada benda free sampai kat rumah je..boleh pulak hihi..bila nak dapat yang lain2…tunggu..;p.

posto terdahulu ^^

posto hari ini ^*

Kalau korang pon nak boleh selak entri sini..oh ya,,dapat info dari cik puan Rosie..ni untuk ibu2 yang nak deliver baby dan teringin dapat hadiah masa kat hospital / lepas bersalin boleh request pinkbox…di sini ye dari Baiboo..ingat2 dah pernah jadi member dorang..Tapi nak request ni x perlu pon jadi member ye..

Semalam lepas makan malam keluar dengan hubby pergi Giant Batu Caves..konon2 nak cari barang sikit..tapi nak ke Secret Recipe sebenarnya hehe..Hajat hati nak  kek blackforest cheese..tak ada lah pulak..amek je blueberry cheese..sedap sangat…ala ambil 1 slice je..hubby pula ambil choc indulgence dgn choc walnut..

Pastu kami masuk Giant cari selimut baby..ala x ada yang berkenan pula…beli maternity bra kat hypermarket murah banyak dari beli yang jual online…x mampu..hukhuk..bajet2 la dulu..beli juga sandal adidas baru..sakit kaki dah kot pakai sandal sekarang…

Hubby sempat jumpa sifu a.k.a otai Internet Marketing…Raja Kamil (RK) masa saya kat bahagian ladies..terkejut dia bila hubby cakap wifey due maybe this week or next week tapi keluar jalan2 lagi..jangan tak tahu..saya memang suka berjalan hehe..bukanker dekat2 nak deliver kena banyak berjalan bagi senang proses tu nanti?..agaknya ada tahi lalat kat kaki ni kot huhu..duduk saja pon kat rumah buat sakit pinggang hehe..oklah..nanti update lagi selagi baby x mau keluar..huhu..hari ni saya skip check up kat KK..malas la kalau setakat cek perut je..

Esok?..kalau larat lagi nak cari nasi kerabu yuhuuuuuu..

7 Apr
2011

Update juga

SALAM

^^

Bajet taknak update pe2 sampai  budak kecit ni jenguk dunia…tapi x tahan pula nak menaip lepas jalan2 kat blog orang..sekadar update ringkas tatkala sudah 38 minggu 4 hari…

agak2 bape kg baby nanti ye? berat ibunya 54.2+-

  • Berjaya khatam Quran semalam..baby nak kluar boleh dah ye..sekarang dok repeat surah Yusuf, Maryam , Yasin InsyaAllah..
  • Semalam buat nasi lemak + ayam rempah untuk lunch ..x pelik kan makan nasi lemak untuk lunch? aci ajelah hehe..bajet tu masakan terakhir kot2 baby nak keluar..blom lagi
  • Telepon mak Taiping semalam pujuk2 suruh dtg saya deliver nanti hehe..mak cakap Abah tempah durian ingatkan saya n hubby balik sana Sabtu ni..alih2 saya cakap nak bersalin di sini..mak cakap nanti tempah lain..time pantang makan..eh..boleh ke mak? mak cakap dolu2 dia makan je..untuk memanaskan badan..oh..saya lagilah suka kalau dapat makan buah durian batu kurau yang kekuningan dan lemak2 t.. @_@…drooling hehe
  • Seperti biasa tidur malam memang x nyenyak di awalnya sebab x boleh mengiring ke kanan dah..takut tangan, kaki or siku baby sakit..biarlah ibu dia yg x selesa..Hubby dah nyenyak saya masih golek sana sini ambil mood tido..6_^
  • Terkejut dalam pukul 2 lebih dengar bunyi anjing melolong kuat gila dalam kawasan ni..tapi malas nak jenguk..x seram mana pun hehe..rupa2 hubby pon dengar..saya bangun cek kot2 ada basah kat bawah ni huhu..tak ada..bangun pergi minum air dan pegi tandas je..sambung tido..
  • Hari ni dah tak ada sakit2 macam nak period tu..cuma kejap2 perut mengeras..rasa x perlu lagi ke hospital..taknak kena warded awal je hehe..bajet nak keluar malam ni..cari benda sikit untuk saya dan baby
  • Cuci bilik air..kesannya sakit belakang huhu..terbongkok2 berus dinding, baldi dll..supaya senang hubby nanti sepeninggalan saya *_^..sapu sampah juga tapi part nak mop lantai macam malas pula hukhuk..
  • Okes..stop dulu..nak masak..simple2 sudah..cepatlah bersalin dah malas pergi bli stok bahan mentah hiksssss..
  • Esok ada check up kt KK lagi..boleh x takmo pegi? bukan jumpa DR or scan pun..takat dibelek2 perut je..

Hubby asyik cakap kat baby bila nak keluar..kan bagus kalau baby keluar pagi2 Jumaat ..boleh hubby ambil EL..dan nanti apply cuti teman ibu sehari dua berpantang di Taiping..tapi kehendak Allah kita x jangka kan..Baby ni tau2 je ibu cerita pasal dia ..dok geliat2 tonjol2 kaki dia kat perut ibu ni hehe..

5 Apr
2011

Sebelum Bercuti Panjang ^*

Salam..

Saya rasa nak simpulkan semua cerita dalam entri ini sebelum saya cuti panjang selepas bersalin.

Cuaca hari ni hujan pula..minggu minggu sebelum ni panas membahang.. Sampai lah semalam saya tak tahan saya mandi malam..Tahu x elok tapi berpeluh2 dan melekit je rasa huhu..

Cerita tentang kehamilan, kaki makin tombam bangun pagi-pagi sakitnya yang amat tapi bertahan lagi..chayok2 ibu hehe. Sakit celah kangkang pon kerap sangat dah..perut pula rasa semacam je apabila baby bergerak dengan kuat dalam tu huhu..macam malam tadi saya dah masuk tidur tapi dalam pukul 1 tu rasa nak terkucil pula sebab kepala baby menekan2 kat bahagian bawah ni..masa nak ke bilik air tu terperasan bahagian atas kanan baju basah lenjun sikit…aii..stok susu dah bermula ke huhu..

Hari ni sudah 38 minggu 2 hari..saya nekad nak bersalin di Selayang saja. lepas tu baru balik berpantang di Perak. Takdelah hubby kena ulang alik banyak kali kan..

Hari Sabtu yang lalu kami melawat baby kawan yang sudah nak masuk 3 bulan usia..menangis pula time ambil gambar huhu..sedap namanya NUR ZAHRA ALISYA..tak pasti ejaan betul ke tidak hehe..saya siap bawakan biskut chip choc yang saya buat tu. Tak guna telur pon boleh rujuk resepi di sini.

mama..alisya lapar susu lagi isk isk

nak resepi boleh jenguk blog satu lagi ye

Balik tu kami singgah membeli durian…dah teringin lama tau

beli yang paket je buat merasa..

sedap juga durian ni..lemak2

..sekali malam Ahad tu, adik ipar yang balik kampung bawakan durian yang mak Ipoh bekalkan , buah rambutan dan juga serawa durian huhu..kebetulan petang tu saya pon buat serawa durian juga

Kiranya tempoh mengidam saya sudah tertunai..bolehlah kalau nak bersalin hehe..untuk itu..

” Saya memohon maaf andai ada tersalah kata, terkomen bukan2 di blog korang..doakan saya selamat dalam perjuangan ye hehe”

1 Apr
2011
Posted in: Bicara Diri
By fawwaznuha    No Comments

Free-free je..

Salam..

Oh mood kemalasan mengupdate  semakin menjadi2..jangan baby malas2 sudah..ibu babap nanti hehe..saya malas bersebab..sakit belakang ni dok tercanguk depan PC lelama (alasan hehe)..plan nak buat roti paung petang ni cicah dengan stew daging yang dibuat lunch tadi..tengoklah kalau rajin hikhik alasan lagik..mana taknya..nak menguli tu dowhh..sakit tangan comel saya ^*..ingatkan mak Taiping bawa breadmaker (BM) haritu..siap telepon suh bawa 3 pewarna  masakan yang saya beli time anak dara (kes nak membaking tapi x jadi hehe)..sudahnya satu pon mak tak bawa..mak saja tak nak anak dia ni merajinkan diri masak kot huhu..yelaa..mak siap pesan dah sarat2 tu dok diam2 je..tapi kan..tapi kan..saya lapar la mak dok rumah ni..jadi kenalah masak sesuatu..nak beli yang siap? hehe..jangan harap..kena berjimat2..diulangi kalau rajin saya meroti laaa petang ni tanpa BM pon jadi je sebelum ni bun sosej saya kan..hikss

Okey2..berbalik pada tajuk” free2 je”..saya saja kasi klimaks kat Fb ..xsangka ada yang nak tau hehe..pe salahnya kita berkongsi kan..saya pon dapat tau hasil baca entri mommy to be Rosie Rose..kalau tak takdenye saya nak dapat benda free ni..musim nak berjimat tapi nak merasa kan..tu yang dok pulun apply benda2 free hehe..apala..membebel ni..direct terus la..haha,,sabar2..nak benda free kena lah sabar kan..OK..benda free ni berkaitan produk baby dan juga untuk mommy..contohnya sampel susu untuk ibu2 hamil, susu untuk baby, barang mandian baby dan juga diapers..

Saya dok gebang2 ni  baru jer dapat dua barang dari dua pembekal.. (dapat moisturizer tone)DUMEX DANONE dan juga (opkoslaa diapers-1 ja huhu)PET PET..yang lain otw rasanya hikssss..(gambar2 nanti la upload..)

Nak tau caranya? (saya ambil dari blog cik puan Rosie tadi ye)..Kenalah ambil dari sini sebab  cik Puan Rosie (CPR) ni dah dapat banyak dah so dia bolehlah review lebih2..minta ijin ye ^^v

SAMPEL SUSU

1. Anmum: pergi ke http://anmum.com.my/my/sample_request.aspx, register dan request for sample.

Comment CPR: Anmum akan bagi 1 year FREE membership. Rajin depa ni hantar iklan2, pamhplet2, promotion, samples dan sebagainya. So try ler!!!

2. Mamil Mama: Sama gak… gi ke website depa; http://www.dumex.com.my/register dan register sahaja.

Comment CPR: Haaaa.. aku tak pasti sekarang depa ni masih rajin atau tak bagi free gift tu. Tapi aku sendiri dapat set menan as free gift. Ada geng mommy-to-be yg len dapat baby blanket. So apa salahnya… try jerrr!

3.Similac Mum: Korang google jelah website dia ye hiks..sebab saya x apply lagi yang ni

4.Friso Mum Gold: korang godek2 kat sini ye http://www.growinguptogether.com.my/members/login/register.html?product=Friso%20Mum%20Gold&to=sample-request, register dan request for sample.

saya dapat susu ni masa p ekspo kat midvalley bulan 12 kot lupo dowh..tp sepeket je saya cuba..macam x berapa kena dengan tekak huhu..kalau ANMUM COKLAT saya suka hihi

5.Enfamama : just SMS untuk dapatkan free sample dari depa. Untuk sample Enfamama; just SMS kepada 63660. Tulis ENFAMAMA [JARAK] WEB [JARAK] NAMA ANDA.

okes..habis tentang susu..kalau korang rajin godek2 dan sendeng laa dengan encik Google apa lagi pembekal susu yang ada kat Malaysia ni hihi

sekarang pula cara nak dapat sampel produk baby ..ingat ye..jangan demand..dapat sampel free pon dah ok..saya syok sebab suka orang datang rumah hantar barang dan peti surat berisi sesuatu hehe

1. Utk sample Pureen, sila emel ke customer_service@ussummit.com.my

komen CPR: Lain orang, lain barangan yg depa leh dapat. Cam aku, banyak gak dapat barang dari Pureen nih! Bes, bes…

SYOK KAN DAPAT MACAM DIA..

2.Johnson&Johnson : Register kat sini

komen CPR : kebetulan ada survey. Completed the survey, tup tup sampai 2 botol bedak baby dalam mailbox. Register website yg sama, tunggu la syampu J&J. Dah dapat 2 barang J&J for free. Occay perrrr!

3. MamyPoko: Yang ini senang jerk. Just gi website depa, http://www.mamypokoclub.com/Member/frmRegister.aspx, register as member dan request lar sample anda.

komen CPR :Maybe sebab Mamypoko ni ‘mahal’, depa bagi sekeping jerkkk kat aku. Tapi dah free… terima je ler kan! Bukan senang nak dapat barang free kan???? Hehe…

4.HUGGIES: Pergi website dia  dan daftar http://www.huggies.com.my/

5. Fitti/PetPet: emel ke enquiry@dsg.com.my atau beatrice@dsgap.com. Saya silap tulis dalam emel tu pregnant 36 months..manalah diorang tak compius huhu..tulaa..eksited sangat kan..diorang call tanya baby dah 36 bulan ke? hihi

6.Sebamed: Haaaa, selain dari diapersssss jerkkk try la dapatkan hygiene products utk newborn anda. Contohnya, barangan Sebamed. Emel jerkkk kepada eltean@tm.net.my atau eltean.biz@eltean.com  (CNP ayat CPR ye )

7. Carrie Junior: Takkan tak penah dengar produk Carrie Junior kan???? Try la emel depa kat info@unza.com and request free sample. Tgk la rezeki korang dapat apa… Barang free, takyah nak demand2 sangat! (CNP ayat CPR ye )

Amacam teruja tak? Lain padang lain belalang..saya sangatlah teruja sebab orang poket nipis kan hukhuk..kalau u olss nak try try la..senang je..yang mana kena emel tu..emel la sikit pasal korang (NAMA, ALAMAT, NO TEL, dan ayat2 yang korang ni tengah mengandung ke or tercari2 produk yang sesuai untuk baby ke)..InsyaAllah dorang layan..dorang pun untung dapat membership dari kita..

untuk sapa2 yang teringin sampel produk kecantikan branded tapi free tunggu next entry ok..^^

Related Posts with Thumbnails