14 Dec
2010

Kerap Kencing Ketika Hamil

Salam

alahai..cantiknye lah tandas ni..huhu

Ibu2 yang sedang mengandung atau yang telah melahirkan..teman nak tanya ni..anda kerap tak alami simptom asyik ke tandas?

Bila saya baca info kekerapan kencing ni risau pula dibuatnya

Hamid Arshat Pakar Sakit Puan http://www.hamidarshat.com Generated: 19 January, 2009, 10:24

“Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing.

Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan ini disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.

Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil.

Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu.

Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.”

Harap2 sangat tak ada apa yang pelik2 pada badan saya..tu yang kadang-kadang malas nak minum banyak air..asyik terkencing je..opps..kencing di tandas la ye..;p
Malam2 dah tidur pon masih nak terkencing lagi…agak2 normalkah? ^*,
Hubby selalu sakat..”baby garu2 kat pundi mummy tu yang asyik nak kencing” huhu ada ka patot..buat seram lagi adalah..;p
Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks

4 Comments

  • a’ah, mmg kerap kencing. perut makin besar lagi la kerap nak kencing. yg letih tu kalau nak terkencing mlm2 la..masa tidur. asyik kena berulang ke bilik air je..huhu..

  • samalah kita kan..ni baby ke 2 gender pe pula? dpt sepasang mesti best kn..

  • tau xpe…sy pun sama…kalo nk dikira,dlm shari lebih 10 kali kencing…kalo mlm tu rasa nk tahan je kencing tp xleh tetap nk kuar gak air kencing, masa jalan2 kan mesti my hubby mrungut,yela br je jalan dh cr tandas dulu..hehehe…sweet pengalaman ngandung ni kan….kita kena byk bsabar..

    • sy pon awl2 tahan pastu x mampu dah..lambat2 kang terburai di jalanan hehe

So, what do you think?